Thursday, June 27, 2013

ikhlaskan hati

Assalamualaikum ^^


dulu time dok sorang-sorang tengah dekat kosan, tengah futur barangkali aku rasa rindu dengan kehidupan aku yang dulu....aku rindu nak bermovie, berkaroke, berswimming kat tempat awam tanpa rasa segan, nak pakai shawl warna warni dan macam-macam laglah gaya kehidupan aku yang dulu...aku pernah terfikir kenapa aku buat semua benda ni? kenapa aku dah 'terjerat' dengan benda-benda ni semua, dengan usrah daurah bagai nak jadi budak baik ikut dakwah dan tarbiyah... kalau aku tak buat benda ni mesti aku sekarang tengah syok menikmati kehidupan aku yang dulu, lepas exam mesti merayap ke mall tengok movie, karoke habiskan duit...dah, dapat enjoy sekejap lepas tu rasa bosan balik..nauzubillah T_T



takut sangat kalau aku terlalu larut dengan perasaan tu, syaitan datang mencucuk cucuk, tanduk makin tajam, hati makin keras terpedaya....nak baca quran malas, solat di hujung waktu apatah lagi nak buat ibadah sunAat yang lain...kalau hati dah jauh dengan Allah nak buat ibadah pun rasa malas, rasa terpaksa...tak rasa apa-apa bila buat dosa, macam dah lali dengan semua benda tu...itulah kesan bila hati dah hitam dah keras..kalau lama-lama tak polish boleh jadi lebih keras dari baru, orang cakap apa, nasihat apa dah tak nak dengar dah...



usrah beberapa minggu lepas, kami bahas tentang  tauhid zindani...kenapa Allah tidak menerima amalan orang yang beriman? mereka konon kononya merasakan yang mereka dah buat semua benda dah solat sunat, puasa sunat buat baik bla..bla..bla...tapi hakikatnya?? tiada apa pun yang mereka dapat, sebab mereka tak beriman...kita mungkin rasa kita beriman, dah cukup beriman dah tapi hakikatnya? hanya Allah yang maha mengetahui...




yang paling penting KEIKHLASAN...cukup ikhlaskah aku? betul-betul ke aku buat semua ni kerana Allah? nak dapat redha Allah tu yang paling utama....duduk, terjelepuk muhasabah diri...dalam seminggu ada dua kali usrah, usrah sendiri dan usrah adik-adik...aku sebagai mutarabbi dan sebagai murabbi, cukup ikhlaskah aku buat semua benda ni?takut sangat-sangat kita menyangka yang kita dah berbuat sebaiknya tapi sebenarnya kita tak datangkan hati kita dengan penuh keikhlasan, semua amalam tu hilang dan berterbangan bagaikan debu...



"Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. " (Surah Al-Furqan: Ayat 23).




sangat takut kalau disebabkan ketidakikhlasan kita tu sebenarnya kita telah menzalimi diri kita dan orang lain...seandainya kita menyampaikan sesuatu yang paling senang bagi bahan dekat mutarabbi tapi kalau hati tak betul-betul ikhlas dari hati takut sangat benda tu tak masuk pun kat hati mereka...hanya melayang-layang diudara dan mungkin masuk ke telinga kanan keluar ikut telinga kiri...sebab tu hati sangat-sangat kena jaga, ikhlas lillahi ta'ala...dari hati turun ke hati..kan sweet gitew ^^




satu lagi kita menyangka kita dah pergi usrah, buat kerja-kerja dakwah buat program untuk adik-adik, kita merasakan kita dah bersama orang-orang yang beriman tu tapi sebenarnya di akhirat kelak kita tidak bersama mereka...nauzubillahimin dzalik T_T  nak sangat sangat sangat berkumpul sama-sama ramai-ramai dekat syurga kelak....mari kita berpimpinan tangan menuju ke syurga Allah, kalau bersama-sama pasti kita bisa!




takut sangat jadi robot, ada jasad tiada hati...aku nak jadi insan berhati besar walaupun jasad taklah sebesar mana..heeee...sekarang ni aku dah tak pegang jawatan dalam persatuan pelajar, semoga benda-benda tu dan faktor external yang lain bukanlah penghalang untuk aku lebih fokus dan bergerak lebih laju lepas ni, insyaAllah...takde alasan boleh buat, hendak seribu daya tak nak seribu dalih...



next week akan jadi minggu last aku pegang adik-adik mi fen, sedih tu memang agak sedih sebab baru je empat bulan gitu bawak diorang....tapi tak kisahlah siapa murabbi mereka selepas ni, semoga diaorang jadi murabbi yang jauh lebih hebat dari aku yang serba kekurangan ni, nak jadi qudwah pun rasa tak mampu..wuuuwuu..sungguh aku malu, semoga jahiliyah aku selama ini tidak menjadi penghalang fikrah tu nak sampai kat diorang...


aku dapat kenal D&T ni pun mungkin sebab keikhlasan hati kakak-kakak yang takpernah lelah layan kerena....aku ambik gambar hati terpercik ni rasa macam kena pulak, semoga percikan hati yang ikhlas akan menempel dekat hati-hati insan yang lain yang diluar sana...sungguh, Allah yang pegang hati-hati kita dan hati mereka tapi kita kena tetap berusaha sungguh dan sentiasa berdoa pada Allah....Allah kan maha mendengar :D



ya Allah ikhlaskanlah hati aku, bukalah hati aku luas-luas seluas samudera semoga apa-apa halangan yang mendatang aku boleh hadapi....berikanlah kekuatan pada aku dan tetapkanlah hati aku pada jalan ini, kukuhkanlah cintaku terhadapmu ya rabb...dalam kesibukan kehidupan aku sehari-hari semoga aku tetap menjadikan Allah yang paling utama dalam hidup dan kerja dakwah dan tarbiyah perkara utama....


p/s: tiket raya dah beli...4hari nak raya baru balik..ada exam osce! semangat jaa! ^_^




No comments: