Thursday, June 27, 2013

ikhlaskan hati

Assalamualaikum ^^


dulu time dok sorang-sorang tengah dekat kosan, tengah futur barangkali aku rasa rindu dengan kehidupan aku yang dulu....aku rindu nak bermovie, berkaroke, berswimming kat tempat awam tanpa rasa segan, nak pakai shawl warna warni dan macam-macam laglah gaya kehidupan aku yang dulu...aku pernah terfikir kenapa aku buat semua benda ni? kenapa aku dah 'terjerat' dengan benda-benda ni semua, dengan usrah daurah bagai nak jadi budak baik ikut dakwah dan tarbiyah... kalau aku tak buat benda ni mesti aku sekarang tengah syok menikmati kehidupan aku yang dulu, lepas exam mesti merayap ke mall tengok movie, karoke habiskan duit...dah, dapat enjoy sekejap lepas tu rasa bosan balik..nauzubillah T_T



takut sangat kalau aku terlalu larut dengan perasaan tu, syaitan datang mencucuk cucuk, tanduk makin tajam, hati makin keras terpedaya....nak baca quran malas, solat di hujung waktu apatah lagi nak buat ibadah sunAat yang lain...kalau hati dah jauh dengan Allah nak buat ibadah pun rasa malas, rasa terpaksa...tak rasa apa-apa bila buat dosa, macam dah lali dengan semua benda tu...itulah kesan bila hati dah hitam dah keras..kalau lama-lama tak polish boleh jadi lebih keras dari baru, orang cakap apa, nasihat apa dah tak nak dengar dah...



usrah beberapa minggu lepas, kami bahas tentang  tauhid zindani...kenapa Allah tidak menerima amalan orang yang beriman? mereka konon kononya merasakan yang mereka dah buat semua benda dah solat sunat, puasa sunat buat baik bla..bla..bla...tapi hakikatnya?? tiada apa pun yang mereka dapat, sebab mereka tak beriman...kita mungkin rasa kita beriman, dah cukup beriman dah tapi hakikatnya? hanya Allah yang maha mengetahui...




yang paling penting KEIKHLASAN...cukup ikhlaskah aku? betul-betul ke aku buat semua ni kerana Allah? nak dapat redha Allah tu yang paling utama....duduk, terjelepuk muhasabah diri...dalam seminggu ada dua kali usrah, usrah sendiri dan usrah adik-adik...aku sebagai mutarabbi dan sebagai murabbi, cukup ikhlaskah aku buat semua benda ni?takut sangat-sangat kita menyangka yang kita dah berbuat sebaiknya tapi sebenarnya kita tak datangkan hati kita dengan penuh keikhlasan, semua amalam tu hilang dan berterbangan bagaikan debu...



"Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. " (Surah Al-Furqan: Ayat 23).




sangat takut kalau disebabkan ketidakikhlasan kita tu sebenarnya kita telah menzalimi diri kita dan orang lain...seandainya kita menyampaikan sesuatu yang paling senang bagi bahan dekat mutarabbi tapi kalau hati tak betul-betul ikhlas dari hati takut sangat benda tu tak masuk pun kat hati mereka...hanya melayang-layang diudara dan mungkin masuk ke telinga kanan keluar ikut telinga kiri...sebab tu hati sangat-sangat kena jaga, ikhlas lillahi ta'ala...dari hati turun ke hati..kan sweet gitew ^^




satu lagi kita menyangka kita dah pergi usrah, buat kerja-kerja dakwah buat program untuk adik-adik, kita merasakan kita dah bersama orang-orang yang beriman tu tapi sebenarnya di akhirat kelak kita tidak bersama mereka...nauzubillahimin dzalik T_T  nak sangat sangat sangat berkumpul sama-sama ramai-ramai dekat syurga kelak....mari kita berpimpinan tangan menuju ke syurga Allah, kalau bersama-sama pasti kita bisa!




takut sangat jadi robot, ada jasad tiada hati...aku nak jadi insan berhati besar walaupun jasad taklah sebesar mana..heeee...sekarang ni aku dah tak pegang jawatan dalam persatuan pelajar, semoga benda-benda tu dan faktor external yang lain bukanlah penghalang untuk aku lebih fokus dan bergerak lebih laju lepas ni, insyaAllah...takde alasan boleh buat, hendak seribu daya tak nak seribu dalih...



next week akan jadi minggu last aku pegang adik-adik mi fen, sedih tu memang agak sedih sebab baru je empat bulan gitu bawak diorang....tapi tak kisahlah siapa murabbi mereka selepas ni, semoga diaorang jadi murabbi yang jauh lebih hebat dari aku yang serba kekurangan ni, nak jadi qudwah pun rasa tak mampu..wuuuwuu..sungguh aku malu, semoga jahiliyah aku selama ini tidak menjadi penghalang fikrah tu nak sampai kat diorang...


aku dapat kenal D&T ni pun mungkin sebab keikhlasan hati kakak-kakak yang takpernah lelah layan kerena....aku ambik gambar hati terpercik ni rasa macam kena pulak, semoga percikan hati yang ikhlas akan menempel dekat hati-hati insan yang lain yang diluar sana...sungguh, Allah yang pegang hati-hati kita dan hati mereka tapi kita kena tetap berusaha sungguh dan sentiasa berdoa pada Allah....Allah kan maha mendengar :D



ya Allah ikhlaskanlah hati aku, bukalah hati aku luas-luas seluas samudera semoga apa-apa halangan yang mendatang aku boleh hadapi....berikanlah kekuatan pada aku dan tetapkanlah hati aku pada jalan ini, kukuhkanlah cintaku terhadapmu ya rabb...dalam kesibukan kehidupan aku sehari-hari semoga aku tetap menjadikan Allah yang paling utama dalam hidup dan kerja dakwah dan tarbiyah perkara utama....


p/s: tiket raya dah beli...4hari nak raya baru balik..ada exam osce! semangat jaa! ^_^




Friday, April 5, 2013

heaven's lovers day

SYURGA

dari kecik lagi dengar perkataan ni...

buat baik masuk syurga. buat jahat masuk neraka.


sejauh manakah kita kenal syurga? sejauh manakah harapan dan keinginan kita nak masuk syurga? adakah khayalan semata-mata? atau ayat pemanis bicara?

Allahu rabbi, sedih sangat sedih...dari kecil kita sudah diwar-warkan pasal syurga tapi tiada thumuhat (obsession) untuk masuk syurga...kalaupun ada, tiada tindakan yang kita buat untuk ke sana T_T


Heaven's lovers day

i went to this daurah that they call mini-hamka at sentul city, bogor...tema program ni adalah jannah, heaven, syurga, paradise...tinggal dekat villa yang cantik dan indah, sejuk, sampai je kami disambut dengan bidadari yang berpakaian hijau dan cream...sungguh indah...tempat tinggal kami pula ada 3 villa yang diberi nama syurga Na'im , syurga A'dn dan syurga ma'wa....subhanallah, syurga buatan pun indah, syurga yang sebenar tak tergambar...


bila ada yang bertanya, nak pergi mana? nak masuk syurga (read:villa) terdetik di hati kecilku...sedapnya boleh cakap nak masuk syurga...Allahu Allah....aku amat mendambakan syurgamu, tempat berehat untuk selamanya, hanya perlu sedikit je pengorbanan waktu kat dunia ni...kalau nak dikira-kira hidup di dunia ni sementara je, hanya sekejap tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia ini...mungkin malam ini? mungkin esok? cukupkah amalku? bersediakah aku? T_T




[Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman dan beramal sholeh, bahwa bagi mereka (disediakan) surga-surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Setiap kali mereka diberi rezeki dari buah-buahan di dalamnya, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu (di dunia)." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan baginya di dalamnya ada pasangan yang suci, serta mereka kekal di dalamnya.]
[And convey good news to those who believe and do good deeds, that they shall have gardens in which rivers flow; whenever they shall be given a portion of the fruit thereof, they shall say: This is what was given to us before; and they shall be given the like of it, and they shall have pure mates in them, and in them, they shall abide].  (Al-baqarah, 2:25)






bila berkumpul dengan akhawat kekadang timbul rasa dan terdetik di hati, rasa kekerdilan dalam diri, rasa macam keciknya aku di sini...layak ke aku berkumpul bersama-sama mereka? subhanallah cantiknya tudung labuh mereka menutupi tubuh, cantiknya mata yang menjaga pandangan, cantiknya bahasa saat berbicara....semuanya terlihat indah dan cantik...fikiran kembali merewang dan terbang, terbang ke alam jahiliyah zaman dulu-dulu...

dulu tak pernah nak mendekati mereka, pandang dari jauh...tengok diri sendiri dengan jeans ketat, baju lengan 3suku, tudung senteng yang kalau toleh kanan kiri pun boleh nampak leher..layak ke aku nak bersama mereka? buat segan diri sendiri adalah...persepsi negatif, fikiran kotor...belum apa-apa dah buat macam-macam spekulasi dalam kepala...hmmm

sekarang...alhamdulillah, stokin dan hand-sock tak pernah dilupakan, shawl nipis, kecik dan colourful macam lolipop semua dibawa balik, heels pun dah lama tak pakai...alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah, terima kasih kerana telah membuatkan kedatangan aku ke Indonesia dan kakak-kakak yang tak putus-putus mengajak aku kearah kebaikan telah menjadi asbab untuk aku dapat hidayahMu...aku kini belajar untuk mengenali deen yang sebenar, mahu menjadi muslimah solehah yang nak bawak Islam, nak membuka mata manusia tentang betapa indahnya Islam...


teeett...jauh mengelamun...ayuh kembali ke dunia realiti


sepanjang program dan berada di syurga buatan ada beberapa 'scene' yang tersangat menyentuh hati ini... pertama ketika kami main galah panjang, waktu itu saya menjadi penjaga garisan dan penghalang itu menjadi penyebab tak dapat masuk syurga contohnya: penyakit hati, malas, tak ikhlas dll...ada yang jadi bidadari syurga...sesiapa yang dapat melepasi semua halangan akan dapat masuk syurga tapi yang telah dihalang akan masuk neraka...nampak simple kan? indeed, very simple...rasanya semua orang kot pernah main menda ni time kecik-kecik dulu...


semasa saya berada di samping saya dapat lihat betapa mereka bersungguh-sungguh nak lepas dari penghalang tu dan kemudian yang kena tu ada mukanya sangat sedih...waktu itu takde benda lain pun dalam fikiran saya selain membayangkan diri sendiri di tempat itu...membayangkan diri yang sentiasa lemah bagaikan lalang terhuyung-hayang sana-sini, kononnya nak lepas dari jahiliyah nak buang semua masalah hati, masalah malas, futur dan tak ikhlas tu dalam diri...tapi akhirnya kecundang, jatuh di tengahh jalan...


buat dakwah, pergi usrah, bawak halaqah pergi program itu ini tapi infaq tak ikhlas, tolong orang tak ikhlas, buat amalan tak ikhlas, mudah tergoda bila ada yang offer nk buat benda jahat...Allahu rabbi, adakah disebabkan hal-hal itu aku tewas dalam masuk ke syurgamu??? kononnya nampak baik luaran pakai labuh-labuh solat awal waktu tapi niat tak ikhlas, siapa yang tahu? Allah maha mengetahui..lemah longlai kaki ini bila membayangkan itu semua, bila ada seorang akhawat yang share apa yang dia rasa tenyata sama dengan apa yang saya rasa walaupun saya hanyalah penjaga garisan dan tidak bermain sewaktu itu...mata mengalirkan air..huuu...

“Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan (mu) untuk-Nya.”
 [QS. Az Zumar : 2]

memurniakan ketaatan, ikhlas lillahita'ala....

kemuadian 'scene' kedua adalah bila kami diminta berkumpul di dalam kumpulan yang telah diberi nama nabi-nabi, nama kumpulan kami adalah nabi musa...kami diberi satu kertas yang menyuruh kami berdiskusi dalam kelompok seramai 6 orang  tentang syurga, apa yang kita angan-angankan dan apa yang kita nak bila kita masuk syurga kelak, insyaAllah...semoga kami semua adalah bakal penghuni syurga..ameen..ameen ya rabbal a'lamin...


ada akhawat yang cakap dia nak terbang-terbang di atas langit sepunasnya, kalau sebelum ni hanya naik kapal terbang....impian dia nak terbang di awangan melihat dunia...kemudian ada yang cakap dia nak berjumpa Allah s.w.t....memang itulah tujuan utama kita pun, memangla kita semua inginkan kenikmatan yang tak dapat atas muka bumi ni tapi masuk syurga tu boleh jadi sebab kita boleh melihat Allah...subhanallah!! siapakah yang tidak mahu berjumpa denganMu...kemudian nak berjumpa dengan kekasih Allah, rasulullah s.a.w serta para sahabat....kemudian nak berkumpul dengan keluarga kat sana, tak nak masuk sorang-sorang...


sesungguhnya syurga tu ada 100 lapisan dan jarak antara setiap lapisan tu adalah seluas langit dan bumi...syurga firdaus, syurga tertinggi...kemudian ada syurga-syurga yang lain lain, kenikmatan antara setiap lapisan syurga tu berbeza...penghuni syurga atas boleh turun melawat ke bawah tapi yang dibawah tidak boleh naik ke atas... kalau diizinkan Allah kita masuk syurga, di lapisan manakah kita??kalau lapisan bawah ada tak peluang nak berjumpa Allah dan rasulullah?? saat ini mata masing-masing sudah mulai merah...*tears* 


kemudian ada akhawat yang share yang dia tak berani nak mengharapkan apa-apa...dia takut untuk menyatakan impiannya dan apa yang dia nak di syurga, kenikmatan apa yang didamba sebab tak tahu mampu atau tidak masuk ke syurga....dengan usaha yang tak setimpal mana, mutaba'ah amal kekadang tak terjaga, dengan dakwah suam-suam kuku, buku banyak beli tersusun atas rak tak sempat baca, baru orang tak nak sikit dah rasa down, tak nak cuba lagi...mana ujiannya??setakat orang cakap tak nak, setakat malu sikit? setakat tebal muka sikit??tak tahu bagaimana rasulullah berdakwah, diejek, dihina, dicaci, dilemparkan najis dan batu...kita ada? orang ejek pun takde dah down..esakan makin kuat...huaaaaa T_T  muhasabah diri


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)



kalau nak dikirakan inilah kali pertama saya betul-betul terkesan dengan perkataan nak masuk syurga tu....impian dan harapan yang selama ini keluar dari mulut dengan kata-kata keluar di web sosial (facebook, twitter) tapi feel dia kurang...bukan tak pernah menangis bersujud mengenangkan dosa-dosa dulu dan mengharapkan syurga tapi kali ini feel dia lain macam...mungkin secara berjemaah, mendengar kata-kata akhawat sampai ia betul-betul tertusuk bagai sembilu....drama air mata berlanjutan sampailah mc cakap waktu pun dah habis...





buat muslimah, patuh suruhan Allah, tinggalkan larangannya..patuh ibu bapa dan suami, insyaAllah syurga ganjarannya :D


Alhamdulillah, heaven's lovers day benar-benar memberi impak yang besar buat diri ini....perasaan nak berubah menjadi seseorang yang lebih baik tu membuak-buak...syurga buatan ini pasti akan menjadi memori yang indah dalam hidup....


semoga kita semua berjumpa di syurga yang sebenar...biiiznillah...


semoga Allah redha ^_^

Saturday, March 23, 2013

manusia ke robot?


Assalamualaikum....


Siapakah kita??pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri dan berfikir tentang perkara ini, anda dan kita semua adalah seorang manusia yang dilahirkan dari rahim seorang ibu dan asal usul kita hanyalah daripada gabungan sperma ayah dan ovum ibu yang akhirnya dikandung oleh ibu selama 9 bulan...secara lumrahnya kita semua sama, langsung tidak ada perbezaan walau sedikitpun..




namun apakah yang membezakan kita semua?? ada yang pandai dan kurang, ada yang kaya, hidup sederhana dan ada juga yang hidup merempat jadi gelandangan dan tiada langsung tempat berteduh....ada yang penuh ilmu agama dan berkeperibadian yang begitu baik bersopan santun namun ada juga yang jadi penjahat, perompak dan sebagainya....lalu persoalan ini diutarakan lagi, mengapakah terjadinya kejadian seperti ini???mengapa ada juga perbezaan antara kita walhal kita semua manusia???




ayuh kita kembali berfikir lagi, seorang bayi itu boleh diibaratkan seperti kain yang putih...jadi menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga bayi tersebut bagaimana untuk mencorakkan anak mereka...memang tidak dinafikan faktor genetik merupakan faktor penyumbang terbesar kepada setiap anak terutama ciri-ciri fizikal mereka sama ada berambut hitam, perang, kulit kuning langsat, hitam manis dan sebagainya...namun semua itu hanyalah ciri-ciri fizikal,sifat dan keperibadian seseorang anak itu tersangat bergantung kepada bagaimana ia dibesarkan...seorang anak kembar seiras yang dilahirkan dari keluarga sama tetapi dibesarkan oleh keleuarga, kawasan, agama dan budaya yang berbeza sudah pasti akan membersar menjadi dua orang insan yang benar-benar berbeza...








kalau seorang dibesarkan di tanah melayu dan seorang lagi di eropah mereka sudah pasti akan berbeza sama sekali..seorang bercakap melayu dan beragama islam dan seorang cakap Inggeris dan agama kristian...jadi jelaslah bahawa cara kita dibesarkan itu sememangnya sangat mempengaruhi siapa diri kita yang sebenarnya...secara lumrahnya manusia itu boleh dibentuk, seandainya dari kecil ibu bapa sudah mengajar anak-anak supaya mengaji, menutup aurat, beri didikan agama sepenuhnya sehinggalah anak tersebut boleh berdikari dan mempunyai jati diri dan tidak akan tergugat dengan apa-apa godaan sekalipun...tahu tak kenapa??mereka bukan tidak mahu mencuba, tidak mahu merasa tetapi mereka sudah tahu apakah sebab dan akibat yang akan berlaku seandainya mereka tetap melakukannya...




secara analoginya, cuba kita perhatikan berapa ramai pelajar di luar sana yang suka ponteng sekolah??tidak siapkan kerja rumah, tidak mengulang kaji pelajaran dan sebagainya...mengapa perkara ini berlaku??adakah mereka memang betul-betul malas atau sengaja tidak mahu melakukan semua itu...atau adakah mereka hanya pergi sekolah semata-mata ayah dan ibu mereka yang suruh dan menjadikan sekolah sebaqgai tempat bertemu kawan-kawan bukannya tempat untuk belajar...mungkin mereka mahukan keseronokan dan merasa bangga apabila dimarahi guru, terasa seperti hero apabila tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi serta langsung tidak mempunyai cita-cita dan impian tentang masa depan mereka...




namun bagaimana pula dengan pelajar yang begitu rajin pergi sekolah, buat semua kerja yang diberi...kemudian pulang pergi ke tempat tuisyen dan menghadiri semua aktiviti yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka...apa yang lagi tidak menghairankan adalah ada pelajar yang begitu bersungguh-sungguh belajar, membeli buku-buku rujukan, rajin bertanya guru sekiranya tidak faham dan buku-buku latihan penuh dibuat...sering pula mendapat markah dalam tinggi dan tidak putus-putus berdoa untuk mendapat kejayaan..mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara dua pelajar ini??pernahkah anda berfikir??




saya memberi analogi tersebut supaya kita lebih jelas tentang apa yang saya ingin katakan...seseorang yang hanya buat sesuatu benda tanpa mengetahui mengapa mereka perlu melakukannya...mereka sebenarnya hanyalah melakukan perkara yang sia-sia ibarat menampar angin dan mengejar pelangi...sampai bila-bila pun tidak akan dapat sebaliknya hanya kita sendiri yang lelah...kalaulah kita tahu yang tanggungjawab kita sebagai pelajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh, tidak mengkhianati kepercayaan orang tua kita kepada kita serta memikirkan masa depan yang cerah...kita pasti berasa gembira belajar, menyiapkan segala tugasan dan sebagainya kerana kita yakin yang sesuatu yang best dan menarik akan menanti kita kelak..




begitu juga dengan perkara lain, saya bagi contoh yang paling senang dalam kehidupan kita iaitu solat, puasa dan menutup aurat...kalaulah kita hanya solat masa kecik-kecik sebab mak ayah yang suruh, memang tidak kemanalah kita...duduk diam-diam dalam bilik, lepas tu mak ayah tanya dah solat ke belum kita jawab "dahhh" senang je kan??tak susah pun...lepas tu kalau kita dah besar panjang belajar jauh-jauh di perantauan meninggalkan keluarga memang sejadah telekung entah ke manalah jawabnya...sebab apa??kita tak tahu kenapa kita kena solat, masa kecik pun mak cakap kene solat so kita buat lepas tu bila mak tak suruh tak buat..pergi sekolah agama pun tidur, ujian asyik fail je sebab bacaan solat tak hafal lepas tu praktis tak langsung, mak ayah pulak langsung tak ambil pusing...lalu jadilah kita ROBOT!





Sama juga dengan puasa, dari kecil kita tahu yang kita tak boleh makan minum dari pagi hari sampai maghrib sampai kebuluran dah tak larat nak pergi sekolah apa semua kan, tapi kita tak pernah tahu kisah  dan hikmahnya kenapa kita kena puasa...jangankan nak cari dalam buku-buku agama, apatah lagi baca tafsir Quran kan tapi tanya orang pun kita tak nak..jadinya takde orang kita makan je...kalau ada orang tak makan, sebab segan ataupun takut kene tangkap dengan pihak jabatan agama....orang macam ni bukan sahaja memang jahil tapi lebih dari itu, sebab namanya BODOH SOMBONG!




kemudian sejak dari kecik mak ayah kita selalu belikan baju yang cantik-cantik yang seksi dan tak cukup kain, bukan mereka takde duit nak beli baju labuh yang banyak lagi cantik tapi mereka terlebih duit sebab bila pergi kedai tengok baju yang hanya singkat tutup atas sikit bawah sikit lagi mahal dari baju yang boleh tutup seluruh tubuh..pelik jugak kan?? tapi sebab pergi sekolah memang wajib pakai tudung, baju kurung ok la kan, pakaian seragam sekolah, apa boleh buat...alaa, sekejap je sekolah balik sekolah kita boleh enjoy lagi..keluar dengan kawan-kawan pakai seksi-seksi lepak mall tengok wayang pun boleh lagi kan....jadi maknanya kita tutup aurat pakai baju labuh dan tudung sebab memang peraturan sekolah je la??sebab kalau tak pakai kene panggil dengan cikgu disiplin gitu??kalau peraturan dan hukum Allah tak takut ke?mungkin tak takut sebab balasannya bukannya dapat sekarang, kalau sekolah dah tentu-tentu kene panggil dek ustazah tak pun cikgu disiplin...maka jadilah kita ROBOT!!




rasanya tak perlu kot saya ulas dengan lebih panjang lebar, rasanya analogi dan tiga contoh mudah yang saya buat itu dah mampu membuka minda kita....sejujurnya saya sebagai manusia biasa memang sangat tak suka bila dipaksa, bahkan bila dipaksa saya jadi makin malas nak buat....kalau buat pun sebab terpaksa, sebab peraturan seperti contoh diatas, bukan sebab suka dan rela hati nak buat benda tu..contoh lagi, masa sekolah setiap pelajar asrama wajib solat berjemaah di surau tapi sebab saya rasa benda tu terpaksa, sebabWAJIB maka saya rasa malas dan rela solat sorok-sorok belakang almari, kalau warden datang checking sanggup menyorok sebab nak lari dari hukuman dunia punya pasal...gila kan??memang gila...sebab kita tak rasa kenapa perlu solat berjemaah. kenapa???solat dalam bilik pun sama je...sah jee, serabut je nak suruh aku solat kat surau berjemaah...tapi bila kita dah faham kenapa, kita akan rasa betapa indahnya solat berjemaah bersama-sama, eratkan ukhwah dan rasa bersatu...







Jadi apa yang sebenarnya saya nak sampaikan adalah setiap individu itu memang berbeza dan kita semuanya tidak sama...alangkah beruntungnya kita kalau kita lahir dalam keluarga yang akidah kedua ibu bapa kita mantap, pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi seorang yang faham agama, tahu apa yang apa kita buat bukan sekadar belajar untuk ambil ujian pendidikan islam, tetapi lebih dari itu...berjaya menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia, mempunyai hati dan perasaan bukan sekadar robot yang menurut perintah dan hanya melakukan apa sahaja mengikut apa yang disuruh tanpa langsung faham apa yang dia sedang buat...manusia robot memang hipokrit dan hidupnya sangatlah rugi kerana menipu diri sendri...




Janganlah kita menilai orang lain hanya sekadar melihat ciri fizikal mereka sebaliknya, selidikilah latar belakang mereka...bagaimanakah latar belakang keluarganya, kalau keluarganya sudah memberinya ilmu yang cukup mantap tapi diri dia sendiri yang hanyut lalai..itu memang salah dia sendiri tapi kalau sebaliknya bawalah mereka untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia...bukan sekadar robot semata-mata...Jom kita sama-sama berdoa agar kita dapat jadi seorang manusia yang sebenarnya manusia, punyai hati dan perasaan serta faham apa yang kita buat serta tanggungjawab kita...Jom sama-sama kita berubah, kalau bukan hari ini...bila lagi??


terima kasih sudi baca entry yang cukup panjang ini (^_^)


P/S: Credit all the pictures to google :)

Tuesday, February 5, 2013

nanti kita nak kawin dengan siapa?



kahwin.nikah.cinta.


Antara perkataan yang sangat populer dalam kalangan remaja terutama yang baru nak menjejak alam dewasa....nak imbau kisah beberapa tahun dahulu, macam biasa pelajar asrama....balik prep, bereskan baju dengan buku nak gi sekolah esok, gosok gigi dan mulailah 'pillow talk' (light off,tapi mulut potpet potpet)



masih segar dalam ingatanku, ada seorang kawan cakap "aku tak nak kawinlaa, scary tau..macam takde je lelaki yang sesuai dengan aku"


"orang lain ramai couple ko tak nak try jugak ke?"


"nantilah aku fikirkan, rasa macam malas nak fikir semua ni"


kemudian orang lain menyampuk "ko belum jumpa lagi yang sesuai, tengok boyfriend aku ni haa, romantik gila tauu...semua benda kitorang share, best..tak sabar nak kawin..hohoo"


"kalau macam tu aku nak cari boyfriend jugaklah"


amboii...padahal baru umur belasan...itulah kisah zaman asrama...pengaruh rakan sebaya cukup kuat~


...................................................................................................




bila masuk kolej, ada sahabat cakap "aku ni bila la nak ada boyfriend, kekadang rasa cemburu jugak tengok orang boleh keluar dengan boyfriend ada orang ambil berat pasal dia, boleh study sama-sama"


"ok kalau semua orang dah ada steady couple ataupun pasangan masing-masing nanti kita nak kawin dengan siapa?"


"dahla nanti habis belajar, umur dah suku abad, baru nak cari pasangan....lelaki dahla tak ramai, susah nak cari yang sesuai...takkan tak kawin sampai bila-bila kot? nanti tinggal yang tak berapa semenggah jela untuk kita?"


alamak! 

pendeknya fikir, sempitnya dunia....macam desperate sangat je bunyi...tapi, itulah realiti...


dulu...sebelum disepak mak cik hidayah dan pakcik taufiq, diri ini sangat tak terbuka minda....melihat semua benda dalam perspektif yang sempit.....nak kawin kena couple dulu, berkenal kenalan dan tahu hati budi masing masing dulu paling kurang setahun dua tahun, kena keluar jalan-jalan dan call berjam-jam untuk tengok serasi ke tak kita dengan dia...kalau couple pun tak tahan, camne nak kawin..tu je boleh fikir masa dulu-dulu...ciss!! ini semua angkara televisyen yang selalu memaparkan adegan dan kisah cinta....habis jahanam pemikiran anak-anak remaja termasuk diri yang sangat naif ini..sedihhh....




bagi kebanyakan orang, macam tu la...bercinta tak salah sebab kita bukan pegang-pegang tangan atau buat benda-benda tak senonoh pun....bercinta tu kan fitrah, mana boleh lawan fitrah kan...kita bercinta dengan dia dengan niat nak kahwin dengan dia laa...keluar dan contact jarang-jarang tu untuk ta'ruf dan berkenalan dengan lebih rapat...bila kahwin nanti senanglaa takdela awkward sangat..aww...betul sekali! takde yang salah punn!!




bercinta memang betul tak salah tapi ingat cinta kita yang utama pada Allah...Tuhan kita yang satu, maha pengasih dan penyayang....kemudian cintakan rasulullah, telusuri sirah nabi dan pelajari sifat peribadi baginda, ikut sunnah...yang ketiga cintakan ibu bapa kita, orang yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik kita dari kecil sampai dewasa dan cinta yang keempat tu baru jatuh kepada cinta pasangan, suami isteri....bukan pasangan kekasih 'bakal the other half' yang tak tahu penghujungnya sampai ke jinjang pelamin ke tidak....



banyak yang salah faham dan salah tafsir tentang cinta....cuba tanya pasangan yang baru couple, beberapa bulan awal tu punyalah romantik semua benda nak bagitau pasangan, nak jumpa selalu, nak pergi mana-mana pun bersama..pokoknya kekasih dia tu adalah segalanya, lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup ku daki, ku tak dapat hidup tanpamu....kononyaaa...padahal bila ada masalah sikit, clash hidup je dia tanpa perempuan atau lelaki tu..over lebih! dosa bertimbun dapat...haaa, kalau pacaran selepas nikah mesti bertambah-tambah romantik dan sweet kan...pheww~



......................................................


"zaman sekarang susahlaa nak cari lelaki yang baik, banyak kaki perempuan, kaki tipu kaki rempit" kata salah seorang kawan...


amboi...amboi...amboi....


sedapnya dia mengata lelaki, jap nak tanya satu soalan...lelaki yang awak describe tadi awak cari kat celah mana?? kelab malam?lorong hitam??pusat karoke?pusat games?

memanglaaaa tak jumpa, try awak cari dekat majlis-majlis ilmu, program ceramah agama, yang rajin solat berjemaah kat masjid, ayat quran tak lekang dek bibir...haaa tu baru betul!!! tapi awak tak perlu pun cari mereka, apa kata awak ikut sekali program macam tu, insyaAllah akan jumpa lelaki yang baik....ramai sebenarnya lelaki yang baik dan bertanggungjawab jangan awak pandang dari satu sudut tu je...kita ni nak cari suami mestilah yang boleh membimbing kita kearah yang lebih baik, untuk mencari redha Allah dan apa yang best kalau kita dapat masuk syurga sama-sama....subhanallah indahnya :D


jadi sekarang kita tak payah susahkan diri nak cari boyfriend, nak kena ada steady couple atau nak kena cari pasangan yang baik dulu....kita cuba baiki diri sendiri, jadi seorang yang lebih baik sebab kita kena yakin dengan janji Allah...Allah dah tetapkan lama dah jodoh kita, tugas kita hanya berusaha dan terus berusaha serta berdoa semoga dikurniakan jodoh yang terbaik buat kita, ingatlah janji Allah....


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-nur:26)


tak perlulah mencari kesempurnaan kerana diri kita juga tidak sempurna, cukuplah sekadar dapat membuat hati kita tenang dan bahagia serta dapat melengkapi antara satu sama lain...


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W


barakallahufikum kepada sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga, semoga sentiasa diberkati Allah dan dapat menjadi baitulmuslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah...kepada yang masih menjadi persoalan tentang siapakah pasangan dan jodoh kita, berusaha menjadi yang lebih baik dan berdoa untuk mendapat yang lebih baik...allahu'alam...





Tunjukkanlah kami jalan yang lurus






tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat (surah Al-Fatihah, 1:6-7)




Surah Al-Fatihah merupakan surah ummul-kitab dan dibaca setiap hari 5 kali sehari, kalaulah kita betul-betul menghayati apa yang kita baca, sungguh kita akan dapat merasakan ia betul-betul menusuk ke dalam jiwa..sebenarnya bukan 5 kali tapi lebih, sebab kita baca pada setiap rakaat paling kurang pun 17 kali sehari tidak termasuk kalau kita solat sunat dan sebagainya...




adakah kita saja-saja baca "ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus" tapi sebenarnya apa yang kita mahu??adakah pengucapan itu hanyalah lahir dari bibir sahaja, sekadar bacaan sebab dah memang kena baca, jadi bacalah....sebab itulah kita mesti belajar bahasa Arab, sekurang-kurangnya dapatlah kita menghayati apa yang kita baca dan membuatkan solat kita lebih khusyuk..



kenapa kita ego sangat??kita minta dan pohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang  benar supaya tidak sesat...tapi bila Allah dah beri petunjuk jalan kebenaran kita masih lagi tidak mahu ikut jalan yang benar, masih lagi nak ikut jalan hitam, bersimpang siur yang penuh dengan hiburan dan kenikmatan dunia semata-mata..mengapa???




Allah dan beri petunjuk dan cara hidup islam yang betul dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara besar hari kiamat,syurga pahala semua Allah sudah bagi pada kita, semuanya terkandung dalam Al-Quran...tapi adakah kita betapa sombongnya kita pada Allah, astaghfirullahal'azim...





secara analoginya, kita bertanyakan seseorang jalan yang betul menuju ke sesuatu tempat, apabila orang tersebut telah bersusah payah memberi petunjuk jalan yang betul dari simpang hinggalah arah yang betul tapi akhirnya kita tidak mahu mengikut jalan yang telah diberitahu...kita mahuu cari jalan sendiri yang lain, apakah perasaan orang yang telah memberi penerangan tadi???gembirakah dia??tepuk dada tanya iman =D


Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan, dibesarkan dan diberi pendedahan serta pendidikan dalam islam...seandainya kita bukan di sini, bukan lahir dalam islam adakah kita akan mencari cahaya kebenaran islam??adakah kita akan berusaha mencari cara hidup yang benar, mengetahui siapakah pencipta kita makhluk sekalian alam..



bila baca kisah-kisah mereka yang memeluk islam saya rasa mereka begitu hebat!! dan saya mungkin tidak mampu jadi seperti mereka, seandainya saya berada di tempat mereka..dibesarkan dalam keluarga yang bukan islam, gaya hidup berbeza...kemudian akan merasa agak tersisih dari keluarga dan kawan-kawan...tapi sebenarnya, insyallah Allah menjanjikan sesuatu yang lebih indah di sana, bukanlah keindahan dan kenikmatan   di dunia sementara ini...apabila kita merasa kesepian, cuba baca Quran, solat dan bercakap dengan kawan-kawan...saya pasti ia akan berhasil sebab saya pun pernah merasa benda yang sama, bila kita jauh dari Allah hati kita akan rasa kosong dan gundah gulana, orang Indonesia bilang 'galau' =D



saya tertarik dengan lirik lagu jalan lurus dari Gita Gutawa ni :)



jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
yang pertama bahwa Allah maha esa 
yang kedua Muhammad rasul kita 
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita 
yang keempat cinta guru-guru kita 



yang kelima cinta tanah air kita 
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
yang keenam shalat mari ditegakkan 



yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa 
yang sembilan puasa penuh keikhlasan 
yang sepuluh senyum sopan senantiasa 
keramahan perilaku diri kita
 semoga Allah membimbing kita semua



insyallah kalau kita mengikut 10 jalan lurus ini hidup kita tidak akan sia-sia sebab apa yang kita buat di dunia ini adalah bekalan untuk kita di akhirat kelak, yang akan kekal selama-lamanya..semoga usaha dan amalan kita diberkati dan diterima disisi-Nya (^_^)