Friday, April 5, 2013

heaven's lovers day

SYURGA

dari kecik lagi dengar perkataan ni...

buat baik masuk syurga. buat jahat masuk neraka.


sejauh manakah kita kenal syurga? sejauh manakah harapan dan keinginan kita nak masuk syurga? adakah khayalan semata-mata? atau ayat pemanis bicara?

Allahu rabbi, sedih sangat sedih...dari kecil kita sudah diwar-warkan pasal syurga tapi tiada thumuhat (obsession) untuk masuk syurga...kalaupun ada, tiada tindakan yang kita buat untuk ke sana T_T


Heaven's lovers day

i went to this daurah that they call mini-hamka at sentul city, bogor...tema program ni adalah jannah, heaven, syurga, paradise...tinggal dekat villa yang cantik dan indah, sejuk, sampai je kami disambut dengan bidadari yang berpakaian hijau dan cream...sungguh indah...tempat tinggal kami pula ada 3 villa yang diberi nama syurga Na'im , syurga A'dn dan syurga ma'wa....subhanallah, syurga buatan pun indah, syurga yang sebenar tak tergambar...


bila ada yang bertanya, nak pergi mana? nak masuk syurga (read:villa) terdetik di hati kecilku...sedapnya boleh cakap nak masuk syurga...Allahu Allah....aku amat mendambakan syurgamu, tempat berehat untuk selamanya, hanya perlu sedikit je pengorbanan waktu kat dunia ni...kalau nak dikira-kira hidup di dunia ni sementara je, hanya sekejap tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia ini...mungkin malam ini? mungkin esok? cukupkah amalku? bersediakah aku? T_T




[Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman dan beramal sholeh, bahwa bagi mereka (disediakan) surga-surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Setiap kali mereka diberi rezeki dari buah-buahan di dalamnya, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu (di dunia)." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan baginya di dalamnya ada pasangan yang suci, serta mereka kekal di dalamnya.]
[And convey good news to those who believe and do good deeds, that they shall have gardens in which rivers flow; whenever they shall be given a portion of the fruit thereof, they shall say: This is what was given to us before; and they shall be given the like of it, and they shall have pure mates in them, and in them, they shall abide].  (Al-baqarah, 2:25)






bila berkumpul dengan akhawat kekadang timbul rasa dan terdetik di hati, rasa kekerdilan dalam diri, rasa macam keciknya aku di sini...layak ke aku berkumpul bersama-sama mereka? subhanallah cantiknya tudung labuh mereka menutupi tubuh, cantiknya mata yang menjaga pandangan, cantiknya bahasa saat berbicara....semuanya terlihat indah dan cantik...fikiran kembali merewang dan terbang, terbang ke alam jahiliyah zaman dulu-dulu...

dulu tak pernah nak mendekati mereka, pandang dari jauh...tengok diri sendiri dengan jeans ketat, baju lengan 3suku, tudung senteng yang kalau toleh kanan kiri pun boleh nampak leher..layak ke aku nak bersama mereka? buat segan diri sendiri adalah...persepsi negatif, fikiran kotor...belum apa-apa dah buat macam-macam spekulasi dalam kepala...hmmm

sekarang...alhamdulillah, stokin dan hand-sock tak pernah dilupakan, shawl nipis, kecik dan colourful macam lolipop semua dibawa balik, heels pun dah lama tak pakai...alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah, terima kasih kerana telah membuatkan kedatangan aku ke Indonesia dan kakak-kakak yang tak putus-putus mengajak aku kearah kebaikan telah menjadi asbab untuk aku dapat hidayahMu...aku kini belajar untuk mengenali deen yang sebenar, mahu menjadi muslimah solehah yang nak bawak Islam, nak membuka mata manusia tentang betapa indahnya Islam...


teeett...jauh mengelamun...ayuh kembali ke dunia realiti


sepanjang program dan berada di syurga buatan ada beberapa 'scene' yang tersangat menyentuh hati ini... pertama ketika kami main galah panjang, waktu itu saya menjadi penjaga garisan dan penghalang itu menjadi penyebab tak dapat masuk syurga contohnya: penyakit hati, malas, tak ikhlas dll...ada yang jadi bidadari syurga...sesiapa yang dapat melepasi semua halangan akan dapat masuk syurga tapi yang telah dihalang akan masuk neraka...nampak simple kan? indeed, very simple...rasanya semua orang kot pernah main menda ni time kecik-kecik dulu...


semasa saya berada di samping saya dapat lihat betapa mereka bersungguh-sungguh nak lepas dari penghalang tu dan kemudian yang kena tu ada mukanya sangat sedih...waktu itu takde benda lain pun dalam fikiran saya selain membayangkan diri sendiri di tempat itu...membayangkan diri yang sentiasa lemah bagaikan lalang terhuyung-hayang sana-sini, kononnya nak lepas dari jahiliyah nak buang semua masalah hati, masalah malas, futur dan tak ikhlas tu dalam diri...tapi akhirnya kecundang, jatuh di tengahh jalan...


buat dakwah, pergi usrah, bawak halaqah pergi program itu ini tapi infaq tak ikhlas, tolong orang tak ikhlas, buat amalan tak ikhlas, mudah tergoda bila ada yang offer nk buat benda jahat...Allahu rabbi, adakah disebabkan hal-hal itu aku tewas dalam masuk ke syurgamu??? kononnya nampak baik luaran pakai labuh-labuh solat awal waktu tapi niat tak ikhlas, siapa yang tahu? Allah maha mengetahui..lemah longlai kaki ini bila membayangkan itu semua, bila ada seorang akhawat yang share apa yang dia rasa tenyata sama dengan apa yang saya rasa walaupun saya hanyalah penjaga garisan dan tidak bermain sewaktu itu...mata mengalirkan air..huuu...

“Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan (mu) untuk-Nya.”
 [QS. Az Zumar : 2]

memurniakan ketaatan, ikhlas lillahita'ala....

kemuadian 'scene' kedua adalah bila kami diminta berkumpul di dalam kumpulan yang telah diberi nama nabi-nabi, nama kumpulan kami adalah nabi musa...kami diberi satu kertas yang menyuruh kami berdiskusi dalam kelompok seramai 6 orang  tentang syurga, apa yang kita angan-angankan dan apa yang kita nak bila kita masuk syurga kelak, insyaAllah...semoga kami semua adalah bakal penghuni syurga..ameen..ameen ya rabbal a'lamin...


ada akhawat yang cakap dia nak terbang-terbang di atas langit sepunasnya, kalau sebelum ni hanya naik kapal terbang....impian dia nak terbang di awangan melihat dunia...kemudian ada yang cakap dia nak berjumpa Allah s.w.t....memang itulah tujuan utama kita pun, memangla kita semua inginkan kenikmatan yang tak dapat atas muka bumi ni tapi masuk syurga tu boleh jadi sebab kita boleh melihat Allah...subhanallah!! siapakah yang tidak mahu berjumpa denganMu...kemudian nak berjumpa dengan kekasih Allah, rasulullah s.a.w serta para sahabat....kemudian nak berkumpul dengan keluarga kat sana, tak nak masuk sorang-sorang...


sesungguhnya syurga tu ada 100 lapisan dan jarak antara setiap lapisan tu adalah seluas langit dan bumi...syurga firdaus, syurga tertinggi...kemudian ada syurga-syurga yang lain lain, kenikmatan antara setiap lapisan syurga tu berbeza...penghuni syurga atas boleh turun melawat ke bawah tapi yang dibawah tidak boleh naik ke atas... kalau diizinkan Allah kita masuk syurga, di lapisan manakah kita??kalau lapisan bawah ada tak peluang nak berjumpa Allah dan rasulullah?? saat ini mata masing-masing sudah mulai merah...*tears* 


kemudian ada akhawat yang share yang dia tak berani nak mengharapkan apa-apa...dia takut untuk menyatakan impiannya dan apa yang dia nak di syurga, kenikmatan apa yang didamba sebab tak tahu mampu atau tidak masuk ke syurga....dengan usaha yang tak setimpal mana, mutaba'ah amal kekadang tak terjaga, dengan dakwah suam-suam kuku, buku banyak beli tersusun atas rak tak sempat baca, baru orang tak nak sikit dah rasa down, tak nak cuba lagi...mana ujiannya??setakat orang cakap tak nak, setakat malu sikit? setakat tebal muka sikit??tak tahu bagaimana rasulullah berdakwah, diejek, dihina, dicaci, dilemparkan najis dan batu...kita ada? orang ejek pun takde dah down..esakan makin kuat...huaaaaa T_T  muhasabah diri


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)



kalau nak dikirakan inilah kali pertama saya betul-betul terkesan dengan perkataan nak masuk syurga tu....impian dan harapan yang selama ini keluar dari mulut dengan kata-kata keluar di web sosial (facebook, twitter) tapi feel dia kurang...bukan tak pernah menangis bersujud mengenangkan dosa-dosa dulu dan mengharapkan syurga tapi kali ini feel dia lain macam...mungkin secara berjemaah, mendengar kata-kata akhawat sampai ia betul-betul tertusuk bagai sembilu....drama air mata berlanjutan sampailah mc cakap waktu pun dah habis...





buat muslimah, patuh suruhan Allah, tinggalkan larangannya..patuh ibu bapa dan suami, insyaAllah syurga ganjarannya :D


Alhamdulillah, heaven's lovers day benar-benar memberi impak yang besar buat diri ini....perasaan nak berubah menjadi seseorang yang lebih baik tu membuak-buak...syurga buatan ini pasti akan menjadi memori yang indah dalam hidup....


semoga kita semua berjumpa di syurga yang sebenar...biiiznillah...


semoga Allah redha ^_^

No comments: