Tuesday, February 5, 2013

nanti kita nak kawin dengan siapa?



kahwin.nikah.cinta.


Antara perkataan yang sangat populer dalam kalangan remaja terutama yang baru nak menjejak alam dewasa....nak imbau kisah beberapa tahun dahulu, macam biasa pelajar asrama....balik prep, bereskan baju dengan buku nak gi sekolah esok, gosok gigi dan mulailah 'pillow talk' (light off,tapi mulut potpet potpet)



masih segar dalam ingatanku, ada seorang kawan cakap "aku tak nak kawinlaa, scary tau..macam takde je lelaki yang sesuai dengan aku"


"orang lain ramai couple ko tak nak try jugak ke?"


"nantilah aku fikirkan, rasa macam malas nak fikir semua ni"


kemudian orang lain menyampuk "ko belum jumpa lagi yang sesuai, tengok boyfriend aku ni haa, romantik gila tauu...semua benda kitorang share, best..tak sabar nak kawin..hohoo"


"kalau macam tu aku nak cari boyfriend jugaklah"


amboii...padahal baru umur belasan...itulah kisah zaman asrama...pengaruh rakan sebaya cukup kuat~


...................................................................................................




bila masuk kolej, ada sahabat cakap "aku ni bila la nak ada boyfriend, kekadang rasa cemburu jugak tengok orang boleh keluar dengan boyfriend ada orang ambil berat pasal dia, boleh study sama-sama"


"ok kalau semua orang dah ada steady couple ataupun pasangan masing-masing nanti kita nak kawin dengan siapa?"


"dahla nanti habis belajar, umur dah suku abad, baru nak cari pasangan....lelaki dahla tak ramai, susah nak cari yang sesuai...takkan tak kawin sampai bila-bila kot? nanti tinggal yang tak berapa semenggah jela untuk kita?"


alamak! 

pendeknya fikir, sempitnya dunia....macam desperate sangat je bunyi...tapi, itulah realiti...


dulu...sebelum disepak mak cik hidayah dan pakcik taufiq, diri ini sangat tak terbuka minda....melihat semua benda dalam perspektif yang sempit.....nak kawin kena couple dulu, berkenal kenalan dan tahu hati budi masing masing dulu paling kurang setahun dua tahun, kena keluar jalan-jalan dan call berjam-jam untuk tengok serasi ke tak kita dengan dia...kalau couple pun tak tahan, camne nak kawin..tu je boleh fikir masa dulu-dulu...ciss!! ini semua angkara televisyen yang selalu memaparkan adegan dan kisah cinta....habis jahanam pemikiran anak-anak remaja termasuk diri yang sangat naif ini..sedihhh....




bagi kebanyakan orang, macam tu la...bercinta tak salah sebab kita bukan pegang-pegang tangan atau buat benda-benda tak senonoh pun....bercinta tu kan fitrah, mana boleh lawan fitrah kan...kita bercinta dengan dia dengan niat nak kahwin dengan dia laa...keluar dan contact jarang-jarang tu untuk ta'ruf dan berkenalan dengan lebih rapat...bila kahwin nanti senanglaa takdela awkward sangat..aww...betul sekali! takde yang salah punn!!




bercinta memang betul tak salah tapi ingat cinta kita yang utama pada Allah...Tuhan kita yang satu, maha pengasih dan penyayang....kemudian cintakan rasulullah, telusuri sirah nabi dan pelajari sifat peribadi baginda, ikut sunnah...yang ketiga cintakan ibu bapa kita, orang yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik kita dari kecil sampai dewasa dan cinta yang keempat tu baru jatuh kepada cinta pasangan, suami isteri....bukan pasangan kekasih 'bakal the other half' yang tak tahu penghujungnya sampai ke jinjang pelamin ke tidak....



banyak yang salah faham dan salah tafsir tentang cinta....cuba tanya pasangan yang baru couple, beberapa bulan awal tu punyalah romantik semua benda nak bagitau pasangan, nak jumpa selalu, nak pergi mana-mana pun bersama..pokoknya kekasih dia tu adalah segalanya, lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup ku daki, ku tak dapat hidup tanpamu....kononyaaa...padahal bila ada masalah sikit, clash hidup je dia tanpa perempuan atau lelaki tu..over lebih! dosa bertimbun dapat...haaa, kalau pacaran selepas nikah mesti bertambah-tambah romantik dan sweet kan...pheww~



......................................................


"zaman sekarang susahlaa nak cari lelaki yang baik, banyak kaki perempuan, kaki tipu kaki rempit" kata salah seorang kawan...


amboi...amboi...amboi....


sedapnya dia mengata lelaki, jap nak tanya satu soalan...lelaki yang awak describe tadi awak cari kat celah mana?? kelab malam?lorong hitam??pusat karoke?pusat games?

memanglaaaa tak jumpa, try awak cari dekat majlis-majlis ilmu, program ceramah agama, yang rajin solat berjemaah kat masjid, ayat quran tak lekang dek bibir...haaa tu baru betul!!! tapi awak tak perlu pun cari mereka, apa kata awak ikut sekali program macam tu, insyaAllah akan jumpa lelaki yang baik....ramai sebenarnya lelaki yang baik dan bertanggungjawab jangan awak pandang dari satu sudut tu je...kita ni nak cari suami mestilah yang boleh membimbing kita kearah yang lebih baik, untuk mencari redha Allah dan apa yang best kalau kita dapat masuk syurga sama-sama....subhanallah indahnya :D


jadi sekarang kita tak payah susahkan diri nak cari boyfriend, nak kena ada steady couple atau nak kena cari pasangan yang baik dulu....kita cuba baiki diri sendiri, jadi seorang yang lebih baik sebab kita kena yakin dengan janji Allah...Allah dah tetapkan lama dah jodoh kita, tugas kita hanya berusaha dan terus berusaha serta berdoa semoga dikurniakan jodoh yang terbaik buat kita, ingatlah janji Allah....


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-nur:26)


tak perlulah mencari kesempurnaan kerana diri kita juga tidak sempurna, cukuplah sekadar dapat membuat hati kita tenang dan bahagia serta dapat melengkapi antara satu sama lain...


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W


barakallahufikum kepada sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga, semoga sentiasa diberkati Allah dan dapat menjadi baitulmuslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah...kepada yang masih menjadi persoalan tentang siapakah pasangan dan jodoh kita, berusaha menjadi yang lebih baik dan berdoa untuk mendapat yang lebih baik...allahu'alam...





No comments: